Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera


Pada 29 Oktober 2015 yang lepas kami di Nurinsaniah mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Realising Aspiration dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di Sime Darby Convention Centre.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera adalah sebuah Badan di bawah Jabatan Perdana Menteri.Badan ini ditubuhkan untuk memberikan bantuan dari segi pendidikan kepada golongan bumiputera yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi akibat kekangan kewangan ataupun akibat kekangan kelayakan yang tidak memenuhi syarat tertentu.

Banyak kelebihan yang diberikan oleh Yayasan Peneraju selain dari biasiswa penuh kepada pelajar yang hanya lulus bagi semua kursus yang disediakan.Mereka juga ada menyediakan elaun bulanan kepada yang betul-betul layak sahaja.


Serba sedikit tentang Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang perlu anda tahu.Mereka menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan latihan yang komprehensif kepada golongan bumiputera.

Memupuk dan membangun bakat bumiputera ke arah masa depan yang berpotensi tinggi serta menjalin usaha sama dan melengkapi pihak yang berkepentingan dalam mencapai agenda Bumiputera.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera juga turut menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah peluang pekerjaan yang bakal menjana pendapatan tinggi.Di samping Mendidik dan mewujudkan kesedaran dikalangan keluarga,pendidik dan komuniti setempat.


Antara Golongan sasaran yang menjadi perhatian pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera adalah mereka yang mempunyai bakat tertentu serta mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang masing-masing.Mereka juga mengambil pelajar yang kurang berminat dengan akademik tetapi berpotensi tinggi dalam bidang kemahiran.

Golongan yang memerlukan peluang kedua juga diterima di Yayasan Peneraju dan juga golongan dari persekitaran yang mencabar.


Konsep Yayasan Peneraju adalah memilih dan menyediakan peluang pembelajaran dari segi akademik dan kemahiran mengikut kebolehan pelajar yang terlibat serta mengikut permintaan pasaran serta peluang pekerjaan yang ada di persekitaran.


Kami di Nurinsaniah amatlah tertarik dengan peluang dan ruang serta kesempatan yang dikongsikan oleh Yayasan Peneraju kepada kami.In shaa allah jika ada rezeki kami akan bekerjasama dalam memberikan input kepada golongan sasar di persekitaran kami khususnya.


Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah 2015

Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah 2015
Alhamdulillah Kelas Harapan Nurinsaniah 2015 telah sampai ke penghujung nya.Untuk pengetahuan umum Kelas Harapan Nurinsaniah di jalankan adalah atas dasar ingin membantu golongan pelajar yang lemah dalam pembacaan dan kira-kira.Kelas Harapan Nurinsaniah adalah percuma.Kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar.Golongan sasar kami adalah pelajar dikalangan keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah.

Ia telah dijalankan semenjak tahun 2014 lagi.Alhamdulillah pada tahun 2015.Kami telah mengadakan Kelas Harapan di satu lokasi baru di Kg Bt 9 Kebun Baharu,Telok Panglima Garang.

Open Day Kelas Harapan kali ke dua ini bertujuan untuk memberitahu kepada Ibu Bapa pelajar tentang prestasi anak-anak mereka sepanjang mereka berada di Kelas Harapan Nurinsaniah.Kelas Harapan 2015 bermula pada bulan Feb 2015 dan tamat pada bulan Oktober 2015 ia berjalan selama 9 bulan.Pada setiap hari Sabtu pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

Buat masa ini kami beroperasi di dua lokasi berbeza iaitu di Pusat Kami Nurinsaniah Centre Telok Panglima Garang dan di Tabika Kemas Batu 9 Kebun Bharu.Insha allah jika tiada apa-apa halangan kami akan membuka satu lagi cawangan di Petaling Jaya.

Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah - Telok Panglima Garang

Sebahagian dari Ibu Bapa yang hadir sedang mendengar ucapan Tuan Pengerusi Kelab Nurinsaniah tentang aktiviti-aktiviti Kelab dan halatuju.


Sesi Bertemu Ibu Bapa bersama Tenaga Pengajar Nurinsaniah

Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah -Kg Bt 9 Kebun Bharu.

Terima Kasih Kepada semua yang hadir dan meluangkan masa bersama kami demi anak-anak.Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.Dengan ini secara rasminya Kelas Harapan Nurinsaniah 2015 Ditutup.

Bahagian Pentadbiran Dan sebahagian dari Tenaga Pengajar yang terlibat dengan Kelas Harapan 2015.

Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah

logo bijak sifir
Kursus Bijak Sifir telah berjalan dengan jayanya di Nurinsaniah Centre pada 10/10/2015 (Sabtu) bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 tengahari.Program ini Percuma dan ia adalah salah satu dari aktiviti kelab dalam membantu pelajar terutamanya pada peringkat sekolah rendah dalam subjek matematik yang mana ia amat memerlukan kemahiran  mengira.

Golongan sasaran untuk program Kursus Bijak Sifir ini adalah pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan RM3,000 & kebawah.Seramai 24 orang pelajar yang terlibat , berusia 9  hingga 12 tahun.

Kursus Bijak Sifir ini dijalankan dengan kerjasama dari Pihak Kolej Komuniti Kuala Langat.Diharap kerjasama ini akan berterusan dan semoga ia akan dapat menghasilkan impak yang positif dan berkesan serta dapat melahirkan golongan pelajar yang mahir dalam matematik seterusnya menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik.

kemahiran bijak sifir
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Pendaftaran Pelajar pada pukul 8 pagi

Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
AJK yang merupakan tulang belakang Nurinsaniah.
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Kursus Bijak Sifir Untuk Pelajar Sekolah Rendah
Sijil Penyertaan dari Kolej Komuniti Kuala langat

Program Motivasi Dan Pembangunan Minda Pelajar 2015.

Program Motivasi Dan Pembangunan Minda Pelajar 2015.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam ( 14,15 dan 16 Ogos 2015) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya Melibatkan seramai 55 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dari kalangan keluarga yang berpendapatan Rendah.

Matlamat Program adalah untuk memberikan suntikan semangat kepada pelajar supaya mereka lebih komited dan berkeyakinan untuk maju dalam bidang pendidikan dan seterusnya maju dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Foto-foto sepanjang Program berlangsung.

Hari Pertama  - JUMAAT - 14 OGOS 2015


Kehadiran dan Pendaftaran pelajar

Outdoor Trainer 

Graduan dari oversea (Mr Kapilan) untuk pembakar semangat dan sebagai role model kepada pelajar

 Taklimat Program oleh En.Zamri selaku Pengerusi Kelab Kebajikan Nurinsaniah
                


Ucapan Oleh En.Shahrudin Selaku Pengurusan dari Pihak Sekolah SMKSJ


Sesi Ice Breaking oleh En.Iwan

Hasil dari arahan yang diberikan....ada yang sama dengan apa yang diarahkan.Dan ada juga yang berlainan dengan apa yang diarahkan.

Pelajar di bahagikan kepada 4 kumpulan


Kuliah Maghrib oleh Ustaz Sapuan Pamidi - Penceramah Bebas

Sesi Motivasi - Pengembaraan masa -Motivator trainer oleh En. Mohd Shahriza Basirun.

Imaginasi pelajar dibawa oleh trainer ke alam dewasa yang mana alam tersebut terdapat banyak pancaroba yang harus dilalui oleh mereka.Mereka perlu ada persedian yang rapi bermula hari ini.Jika tidak mereka akan terus ketinggalan.Jika lalai dan alpa.
Warming up



Hari Kedua  - SABTU - 15 OGOS 2015

Sesi Penerangan subjek Bahasa Melayu.


Model Baju Program Motivasi dan Pembangunan Minda Pelajar SMKSJ 2015

Peserta sedang membuat satu permainan di mana mereka perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat yang mereka tetapkan.

Mr Kapilan sedang memberikan suntikan semangat kepada perserta.

Selepas solat Isyak Peserta terus ke dewan utama untuk sesi Memasukkan Data ke minda positif.

Keceriaan terpancar di wajah peserta setelah semua unsur negatif di tukar kepada unsur positif.

Membina landasan hidup untuk mencapai matlamat.

Tabik hormat kepada juara

Air mata keinsafan buat semua peserta,semoga mereka semua menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.



Hari Ketiga  - AHAD - 16 OGOS 2015

Selepas sesi pembelajaran Sejarah mereka dibawa untuk program outdoor.
Outdoor Game pada hari ketiga 

Barisan tenaga kerja Nurinsaniah pada majlis penutup.

Ucapan Oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya - Puan Salbiah

Diakhiri ucapan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor - En Md Zamri Sadarom.

Penyampaian Hadiah Hamper sebagai tanda terima kasih kerana berjaya menamatkan program Motivasi ini.