Penerangan Program Gelandangan.

Ada yang bertanya kepada kami kenapa Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor lebih tertumpu kepada program gelandangan?
Sebenarnya ada banyak program yang sedang kami rancangkan,dan program gelandangan ini adalah salah satu daripadanya,dan ia juga merupakan aktiviti bulanan kelab kami.Kami akan publish di blog dan laman-laman sosial yang lain seperti Facebook,Twitter dan Instagram.Sekiranya ada sebarang Program yang hendak dijalankan.

Disini ingin kami nyatakan matlamat kami dalam membantu dan mendekati golongan gelandangan.Program Gelandangan merupakan satu program kebajikan masyarakat yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor . Program ini dinamakan program gelandangan bertemakan “Hulurkan Tangan,Ringankan Beban” bertujuan untuk memberi bantuan makanan kepada golongan gelandangan  iaitu golongan yang tidak mampu menyewa rumah atau tidak mempunyai tempat tinggal,golongan ini selalu tidur dikaki lima bangunan di sekitar ibukota kuala lumpur.
Selain itu juga,program ini akan memberi peluang ahli-ahli kelab mendekati golongan gelandangan tersebut,ahli-ahli akan dapat bertanya kepada golongan tersebut mengapa mereka menjadi golongan gelandangan.Ahli-ahli kelab juga akan memberi khidmat nasihat yang perlu kepada golongan tersebut supaya mereka akan keluar dari menjadi golongan gelandangan ini.
Sehubungan itu, program ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan,  meningkatkan kesedaran,  memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial setiap masyarakat serta dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat menimbulkan rasa ingin berbakti dan juga bertanggungjawab kepada masyarakat di dalam diri ahli-ahli kelab itu sendiri. 

Ka mi juga sedang mencari sukarelawan yang sudi untuk join atau participate dengan setiap program kami ini nanti.Mereka yang berminat boleh mendaftar di sini
~ Pendaftaran Sukarelawan ~

Dan kami meminta jasa baik anda untuk "LIKE" dan share page kami di facebook sebagai tanda sokongan anda kepada Kelab Kebajikan Nur insaniah Selangor.
https://www.facebook.com/pages/Nurinsaniah/613546052027749


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments