Program Pembangunan Pertubuhan.

Program Pembangunan Pertubuhan

Alhamdulillah pada 24 February 2014 yang lepas Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor telah mendapat jemputan dari Pihak Registry Of  Society (ROS),Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Kementerian dalam Negeri (KDN) untuk menghadiri Seminar Program Pembangunan Pertubuhan -Melestari Pertubuhan Melalui Keusahawanan Sosial di Pusat Latihan Pelajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).
Program Pembangunan Pertubuhan

Ada lebih kurang 60 pertubuhan dari seluruh Malaysia yang hadir pada hari tersebut.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Banyak ilmu baru yang kami perolehi sepanjang seminar berlangsung selama 4 jam .Pengisian yang kami perolehi ,kami dapat bersuai kenal dengan beberapa orang lama dalam pertubuhan.Dan kami juga dapat mengetahui tentang keadaan sebenar mengenai pertubuhan-pertubuhan yang ada.Pada program tersebut pihak penganjur berharap agar semua pertubuhan yang ada agar tidak terlalu mengharap pada kerajaan dari segi bantuan .Pertubuhan digalakkan membuat perniagaan sendiri bagi menampung kos untuk charity atau program-program yang hendak dibuat.

Program Pembangunan Pertubuhan
Ceramah pembukaan mengenai Urustadbir Pertubuhan yang berintegriti oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Program Pembangunan Pertubuhan
Ucapan oleh Wakil dari ROS.
Program Pembangunan Pertubuhan
Ucapan Diakhiri oleh Rakan  Strategik Inisiatif Keusahawan Sosial ROS Selangor.

Program Pembangunan Pertubuhan
Antara yang hadir pada Program Pembangunan Pertubuhan.

Program Pembangunan Pertubuhan
Program Pembangunan Pertubuhan
Wakil dari Nur Insaniah kiri En.Zamri dan En.Jamian.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »