Jejak Gelandangan 21 March 2014


Maaf kerana terlewat untuk update aktiviti bulanan Nurinsaniah.Seperti biasa aktiviti bulanan kami pada bulan March telah berlangsung dengan jayanya.Kami melakukan sedikit perubahan dari segi tarikh dan masa pengagihan.Kami cuba tukar kepada jumaat malam sabtu.Ternyata pada malam tersebut kami mengalami sedikit kesukaran kerana keadaan jalan yang agak sibuk dengan kenderaan dan kesulitan untuk menjejak warga gelandangan kerana pada malam tersebut kebanyakan dari warga gelandangan bertukar lokasi.Mungkin kerana pada malam tersebut orang ramai masih sibuk jadi mungkin mereka tidur ditempat yang agak sunyi .


Pada malam tersebut pihak Nurinsaniah menyediakan 300 pek makanan dan minuman.Masa pengagihan menjadi agak panjang sedikit.Nasib baik sukarelawan yang hadir pada malam tersebut lebih ramai dari biasa.Seperti biasa para sukarelawan yang terlibat  terdiri dari Kumpulan MC 77 Dan X file 77,Pihak Integriti Telah menjadi sebahagian dari komuniti Nurinsaniah.Jadi mereka sentiasa ada.Terima kasih kami ucapkan pada semua Sukarelawan yang terlibat pada malam tersebut.Wartawan Harian Metro pun turut serta pada malam tersebut untuk memeriahkan suasana.
Untuk program yang akan datang pihak Nurinsaniah telah memutuskan untuk bertukar ke malam ahad.Bagi memudahkan para sukarelawan untuk turut serta dengan program kelab.

Wakil Dari MC77

Wakil wanita dari MC77

President Nurinsaniah

Wakil dari Institut Integriti Malaysia sedang membacakan doa 

Tulang belakang Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »