Program Kelas Harapan Nur Insaniah.

Program Kelas Harapan Nur Insaniah

Merujuk kepada perkara di atas,In shaa allah kami akan mengadakan satu lagi Program kebajikan kepada masyarakat iaitu Program Kelas Harapan Nur Insaniah ,Matlamat program ini adalah untuk membantu pelajar buta huruf membaca.Program ini adalah idea salah seorang dari ahli Nurinsaniah yang sangat prihatin kepada masalah pelajar diluar sana.Selepas menjalankan beberapa kaji selidik di beberapa buah sekolah menengah khasnya.Kami mendapati masih ada lagi golongan pelajar yang masih tidak boleh membaca.Dan kami memutuskan untuk membantu mereka dalam mengatasi masalah ini.Berdasarkan statistik Malaysia terdapat kira-kira 11.3% rakyat Malaysia yang buta huruf .Jumlah ini adalah satu jumlah yang besar sebenarnya memandangkan Malaysia kini sedang menuju ke arah negara Maju.


Program Kelas Harapan Nur Insaniah


Kami mencadangkan Program pertama ini diadakan di kawasan Telok Panglima Garang,Selangor.
Jika tidak ada apa-apa masalah ia akan dimulakan pada 7 dan 8 Jun 2014.
Lokasi sebenar masih dalam perbincangan dan akan diberitahu kemudian.
Kritiria pelajar - berumur 7 hingga 10 tahun
                       - Pendapatan keluarga bawah RM2000.
                       - Berminat untuk belajar
                       - Anak-anak yatim adalah di utamakan

Modul - Masih dalam proses perbincangan untuk mencari modul yang terbaik dan berkesan.
Tenaga pengajar - Masih terbuka kepada golongan pendidik yang ingin membuat kerja-kerja kebajikan -                                 dan berminat untuk memajukan anak-anak bangsa.


Untuk menjayakan program ini kami ingin meminta sokongan dan kerjasama dari semua pihak tidak kira dari badan-badan kerajaan mahupun swasta dan Individu.Kami sedang berusaha untuk mencari penajaan bagi program kelas harapan nur insaniah ini.Diharap kepada yang boleh membantu sila hubungi pihak Nurinsaniah untuk maklumat program.

Jika anda ingin menyumbang atau menaja Program di atas,anda boleh Bank-In ke akaun Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor .

CIMB - 8601 9324 38

jika melalui cek atas nama Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor .

Sila hubungi Pegawai yang bertugas EN.Jamian Bin Sarif di talian 012-2676091.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »