Jejak Gelandangan 10 Mei 2014.

program jejak gelandangan

Seperti biasa Program Jejak Gelandangan Nurinsaniah telah pun selesai.Ia merupakan program bulanan Kelab kami ini.Kami memegang amanah dari masyarakat diluar sana yang telah memberikan sumbangan untuk kami agihkan kepada mereka.Jika terdapat lebihan dalam sumbangan kami akan bawa ke program yang akan datang.Dan kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda semua ,agar kami dapat menjalankan program kelab kebajikan nurinsaniah ini dengan lancar.Sebenarnya banyak program yang kami telah fikirkan dan in shaa allah akan kami laksankan satu persatu mengikut sumbangan yang kami terima.



program jejak gelandangan
Sebahagian dari sukarelawan yang terlibat.

Alhamdulillah ,Program jejak gelandangan pada 10 Mei telah berjalan dengan baik sekali,Terima kasih kami ucapkan kepada orang ramai yang sudi menyumbang ,hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.Dan juga  terima kasih kepada para sukarelawan yang terlibat dalam menjalankan aktiviti pengagihan makanan kepada golongan gelandangan.Ternyata pada malam tersebut mereka semua sangat gembira dengan sumbangan makanan dari anda.Terlihat riak muka gembira di wajah mereka.Dimulut mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kami.Sangat terharu kami melihat mereka.Pada malam tersebut kami tersentuh sekali lagi bila mana masih ada sebuah keluarga yang menjadi gelandangan bersama 4 orang anak kecil.
program jejak gelandangan
Pandangan penuh harapan.Takkan kita hanya melihat sahaja.

Kepada pihak berwajib sila ambil langkah sewajarnya untuk membantu mereka ini.Kami hanya membantu sekadar kemampuan kami sahaja.Tak sampai hati sebenarnya melihat keadaan mereka semua.Kami berasa sangat bersyukur dengan apa yang kami miliki.Masih ada insan lain yang lebih tidak bernasib baik sebenarnya.

program jejak gelandangan
Persiapan terakhir sebelum program bermula

program jejak gelandangan
Makanan disediakan oleh Uncle Jack Fried Chicken hasil sumbangan orang ramai.
200 pek makanan berjaya di kumpulkan.

program jejak gelandangan
Agihan dimulakan

program jejak gelandangan
Merata mereka tidur,dikaki lima jalanan,dicelah-celah pokok,di taman-taman.

program jejak gelandangan
Sukarelawan paling muda

program jejak gelandangan
Kami sangat berbangga dengan semangat keluarga ini,walaupun mempunyai anak kecil mereka sanggup turun padang untuk turut serta dengan kami sebagai sukarelawan pada malam tersebut.Tahniah dari kami.Semangat yang sebegini yang kami perlukan dalam membina sebuah masyarakat penyayang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
June 07, 2014 8:39 AM delete

Bersyukur sgt sebab kita ada tempat tinggal yg selesa..

Reply
avatar