Jejak Gelandangan 21 Jun 2014.

kelab kebajikan nur insaniah selangor

Assalamualaikum,Sebelum memulakan bicara.Kami warga kerja Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor ingin memohon ribuan ampun dan maaf seandainya selama kami menjalankan tugas ada terdapat kesilapan dan ada melakukan perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati sesetengah pihak.Maafkan kami.Sempena menyambut Bulan yang penuh mulia bulan Ramadhan al mubarak pada ahad ini bersamaan dengan 29 jun 2014,kami mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.


Hasrat kami untuk menjalankan program jejak gelandangan pada 21 jun 2014 yang lepas telah pun berjalan dengan jayanya.Alhamdulillah pada malam tersebut para sukarelawan telah menjalankan tugas pengagihan makanan dengan penuh semangat dan dengan penuh rasa keikhlasan.Semuanya dilakukan kerana ALLAH SWT.In shaa allah semoga niat murni kalian mendapat rahmat dan redha dari ALLAH.Pada malam tersebut bilangan sukarelawan yang terlibat lebih kurang 40 orang termasuk kanak-kanak.Bilangan pek makanan 230 pek.Program bermula pada jam 12 malam dan berakhir pada jam 2 pagi.Kawasan yang terlibat adalah sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman,Masjid India,Segi College dan sekitar.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Bacaan Doa oleh saudara Suhaizal , Sebelum Program bermula.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Bergerak secara berkumpulan bagi tujuan keselamatan.

kelab kebajikan nur insaniah selangor

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Anak kecil ini turut serta bagi merasai sendiri pengalaman yang penuh bermakna.Memberi makan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Kawasan sekitar Segi College

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Cuba anda bayangkan,tilam mereka hanyalah kotak dan lantai simen.Bumbung mereka adalah langit.Selimut mereka kertas-kertas surat khabar.Bantal mereka hanyalah plastik yang dibuntil.Adakah mereka sengaja memilih untuk hidup begini?
Sudah tentu tidak,Jadi...jadikanlah mereka sebagai ikhtibar untuk kita terus bersyukur dengan nikmat dan rezeki dari ALLAH untuk kita semua.Rezeki dikongsi bersama.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
kelab kebajikan nur insaniah selangor
kelab kebajikan nur insaniah selangor
Walaupun penat berjalan sejauh 5 kilometer,ternyata kami semua berasa puas dengan apa yang kami lakukan.Berposing dulu sebelum ke garisan penamat.

Para sukarelawan berkongsi pengalaman masing-masing.
kelab kebajikan nur insaniah selangor
Puan Rozita dari Kajang.walaupun usianya telah mencecah 60 tahun namun semangatnya untuk turut serta dalam program pada malam tersebut amat kami kagumi.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Puan Shima dari sijangkang turut serta membawa anak yang masih kecil.Namun itu bukan penghalang.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Saudara Nazmi juga dari Sijangkang.Berasa gembira kerana dapat menyertai aktiviti amal pada malam tersebut.

kelab kebajikan nur insaniah selangor
Saudara Shahrum dari Sg Buloh,membawa kesemua anak dan isterinya untuk turut serta pada malam tersebut.Tahniah kami ucapkan.

Akhir kalam,sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati dalam menjayakan program amal ini.Dan juga jutaan terima kasih kepada para sukarelawan yang terlibat pada malam tersebut.Semoga usaha murni kalian mendapat redha dan rahmat dari Ilahi. 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »