Program Jalinan Ramadhan 1435H.

kelab kebajikan nurinsaniah selangor

Assalamualaikum kepada semua rakyat Malaysia.Selamat Berpuasa dari Warga Nur Insaniah.Dan selamat menjalankan ibadah dengan penuh tawadduk demi mencari redha Allah.Semoga setiap amalan perbuatan kita mendapat rahmat darinya.Inshaa allah.


Alhamdulillah,Inshaa allah pada bulan Ramadhan ini,Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor akan mengadakan dua program.Program yang pertama adalah Program Jejak Sahur.Ia akan dijalankan pada 12 Julai 2014.Disebabkan ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan kami sebulat suara telah menukar lokasi dari sekitar Kuala Lumpur ke Sekitar Telok Panglima Garang,Selangor.Program tersebut akan bermula pada pukul 12 sehingga 4 pagi.Dan kami telah mengesan sebanyak 150 rumah asnaf dan warga miskin di kawasan tersebut.Pek makanan yang akan disediakan sebanyak 400-500 pek kesemuanya.

*Dana telah mencukupi.
Terima kasih kepada dermawan yang telah menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan tenaga.
_________________________________________________________________________________

Program yang Kedua - Program Jalinan Ramadhan.

Tarikh & Tempat -
20 Julai 2014 / 22 Ramadan 1435
Sekitar Kuala Langat,Selangor.

Matlamat-
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Objektif:-
Membantu meringankan beban keluarga tersebut serta mewujudkan masyarakat prihatin & memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim.

Golongan Sasaran-
300 keluarga Mualaf(orang asli),Asnaf,Fakir Miskin dan Ibu-ibu Tunggal

Kos Program-
sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek tersebut adalah RM 200

Jumlah Dana yang diperlukan-
Dana yang yang diperlukan adalah RM 60,000.00 ( 300 X RM 200.00)

Sasaran Sumbangan-
Sumbang RM 200.00 seorang(terpulang pada keikhlasaan anda)

Cara Sumbangan-
Boleh salurkan sumbangan melalui :

CIMB KELAB KEBAJIKAN NUR INSANIAH SELANGOR 
86 0193243 8
MAYBANK SAIFUL ANUAR AMRI(AKAUN KHAS AMIN PROGRAM JR)
164182404340 

PENTING- Apabila sumbangan telah dibank-in.

Sila emailkan Nama anda,Bank mana,Tarikh & Masa transaksi,Jumlah Sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
Contoh: Ahmad,CIMB,15/5/2014 11.00 am,RM 200.00 
Untuk sms/whatsapp ke no ini 018-2711362


Info lanjut di-
FB-https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah , 
Website-http://www.nurinsaniah.com/

Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
Add Fb: https://www.facebook.com/kknurinsaniah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »