Program Jejak Sahur - 12 julai 2014

Program Jejak Sahur - 12 julai 2014

Pada 12 Julai 2014 - Program Jejak Sahur Asnaf dengan izin Allah ia telah berjalan dengan lancar sekali.Alhamdulillah.Program bermula seawal jam 11 malam.Kami berkumpul di petronas Batu 8 Kampung Sijangkang.Mengikut rancangan awal kami sepatutnya mengedarkan pek makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Tetapi oleh kerana kami mendapat informasi yang pada malam tersebut ada ramai NGO lain yang akan bergerak untuk pengedaran makanan di sekitar Kuala Lumpur.Jadi kami tukar haluan kepada golongan asnaf serta anak yatim serta pelajar Tahfiz dan orang awam sekitar kuala langat dan klang.

Kami menyediakan 395 pek makanan dengan menu Nasi Arab yang akan diedarkan kepada golongan asnaf,anak yatim,pelajar tahfiz serta orang awam.Sukarelawan yang terlibat seramai 25 orang melibatkan AJK masjid kampung Sijangkang.Rumah-rumah yang terlibat kami telah membuat pemberitahuan awal bimbang jika ada yang terkejut nanti dengan kehadiran kami pada malam tersebut.Alhamdulillah mereka semua gembira dengan kehadiran kami dengan mengucapkan ribuan terima kasih serta syukur ke hadrat Ilahi.Ada juga beberapa kediaman yang kami tidak beritahu untuk hadir pada malam tersebut.Pada mulanya kami menghadapi sedikit kesukaran untuk pembahagian makanan kerana faktor alamat tidak lengkap dan faktor kegelapan malam.Tapi dengan semangat yang jitu kami tempuhi juga.

Jom tengok gambar-gambar sekitar program berlangsung.

Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Antara sukarelawan yang terlibat

menu nasi arab
menu nasi arab
Menu nasi Arab - tester dulu

Program Jejak Sahur - 12 julai 2014

menu nasi arab
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Proses tranfer makanan dari lori ke kereta untuk pengagihan.

Program Jejak Sahur - 12 julai 2014

Sebahagian dari rumah-rumah Asnaf dan anak yatim yang kami tuju.
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014
Program Jejak Sahur - 12 julai 2014

Program berakhir pada pukul 4 pagi.Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para Dermawan yang menyumbang kepada Kelab Kebajikan Nurinsaniah untuk kami menjayakan program Jejak Sahur ini.Semoga ALLAH memurahkan rezeki kalian semua.Dan jutaan terima kasih juga kepada semua sukarelawan yang sudi menyumbang tenaga dan masa untuk masyarakat setempat.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »