Kelas Harapan Nurinsaniah

Kelas Harapan Nurinsaniah
Alhamdulillah setelah berusaha mendapatkan tajaan selama 3 bulan,akhirnya hasrat kami untuk merealisasikan Kelas Harapan Nurisaniah tercapai.Kami menggunakan kawasan pejabat kami di Telok Panglima Garang.Anggaran pelajar dalam 30 orang dalam satu-satu masa paling maksimum.Kami bekerjasama dengan 2 buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang dan Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu.Golongan sasar untuk Kelas Harapan ini adalah pelajar yang lemah membaca serta tidak mampu untuk hadir ke kelas tuisyen kerana faktor keluarga miskin dan kurang kemampuan.
Pelajar yang terpilih untuk memasuki kelas ini adalah seramai 20 orang dan berumur 9 tahun kebawah.Dan yang paling penting kelas harapan ini adalah 100% percuma kerana ia ditanggung oleh pihak penaja yang bermurah hati  menghulurkan bantuan dari segi kewangan.Pada 16 ogos 2014 yang lepas kami telah mengadakan sesi pendaftaran kepada keluarga pelajar yang terpilih dan sedikit temuduga diadakan untuk mengetahui tahap kerjasama antara ibu bapa,murid dan guru dapat dijalankan.
Kelas Harapan Nurinsaniah
Program telah berjalan dengan lancar.Dan kelas akan bermula pada 6 september 2014 sehingga 28 november 2014 selama 3 bulan.Dan selepas tarikh itu jika masih ada penaja yang ingin menaja kami akan teruskan.Tetapi sekiranya tiada.Kami terpaksa menghentikannya buat sementara sehingga ada penajaan samada dari pihak korporat ataupun individu.Kelas akan diadakan pada setiap hari sabtu dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

Kelas Harapan Nurinsaniah
Sukarelawan yang terlibat Norhafizah dan Asrul

Kelas Harapan Nurinsaniah
Sesi temuduga bersama ibubapa dan murid

Jutaan Terima kasih kepada pihak penaja.


Kelas Harapan NurinsaniahKelas Harapan NurinsaniahKelas Harapan NurinsaniahKelas Harapan NurinsaniahKelas Harapan NurinsaniahKelas Harapan Nurinsaniah
Kelas Harapan Nurinsaniah


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »