Info Rakyat - Perkongsian untuk semua

Lembaga Zakat Selangor

Mohd Izhar

Sumber diperolehi dari Lembaga Zakat Selangor - Beliau,Mohd Izhar adalah seorang asnaf dari Johan Setia,Klang dan beliau juga merupakan seorang OKU,yang telah kehilangan kedua belah kakinya semenjak 26 tahun yang lepas akibat digilis oleh keretapi.Alhamdulillah Beliau bersama isteri yang juga seorang OKU  telah mengusahakan sebuah perusahaan air soya bagi meneruskan hidup di dunia ini serta menanggung tujuh orang anak yang masih belajar.
Lokasi perniagaan beliau di Pasar Tani Mega Shah Alam dan pasar malam Andalas,Bayu Perdana serta Jalan Kebun.
Beliau juga mahir serta pakar dalam membaik pulih anggota palsu,kerusi roda dan ubah suai kenderaan untuk kegunaan OKU.
Oleh sebab itu kami membuat hebahan ringkas ini bertujuan untuk kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan air soya,tau fu fa,baik pulih anggota palsu dan ubah suai kenderaan untuk OKU.Anda boleh terus menghubungi Beliau di Talian 017-3215241.

Untuk pengetahuan anda semua Mohd Izhar juga merupakan seorang bekas atlet paralimpik negara dalam sukan memanah,Pernah mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan paralimpik di dalam dan luar negara.
Seharusnya kita contohi semangat beliau kerana tidak pernah putus asa atas apa yang berlaku ke atas dirinya.Kami harap agar kisah Mohd Izhar ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi buat semua .In SHAA ALLAH.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »