Kelas Harapan Minggu 4


Kelas Harapan telah pun masuk minggu yang ke empat.Pejam celik dah genap sebulan.Masih ada lagi dua bulan sebelum kita menamatkan kelas harapan ini.Tetapi jika ada penaja yang ingin menaja para pelajar ini kami akan meneruskan setakat dana yang ada.
Ikut rancangan kami ingin melanjutkan masa dari 2 jam kepada 3 jam.Tambahan 1 jam untuk kelas Iqra'.

Pada masa akan datang kami ingin membuat penambahan pelajar dan pelajar tersebut in shaa allah kami akan minta kebenaran dari sekolah Tanjung,Sijangkang dan Sekolah Kebangsaan Sijangkang serta sekolah Kg Medan.Jika ada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka kesini.


Doa orang ramai kami harapkan agar kelas harapan Nurinsaniah dapat diteruskan di masa depan.Satu-satunya tempat untuk kanak-kanak yang belum boleh membaca berkumpul dan belajar.


                    Kelas Harapan Minggu Ke empat di kendalikan oleh Siti Juzailah  dan Farhana.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »