Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1

Seperti yang dirancangkan Kelas Harapan Nurinsaniah telah pun bermula.Kami telah berjaya mengumpulkan seramai 20 pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu dan Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang.Untuk permulaan kami memilih pelajar yang tidak tahu membaca dan yang masih belum lancar membaca.Kebanyakan dari ibubapa yang hadir semasa sesi pendaftaran memberikan respon yang positif terhadap program ini.
Kelas bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 pagi pada setiap hari sabtu selama 3 bulan.Disebabkan dana yang kurang kami hanya buat selama 3 bulan untuk program ini.Tetapi jika ada tajaan lagi samaada dari individu ataupun korporat kami akan meneruskan program ini bergantung kepada dana yang kami perolehi.
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1
Kelas Harapan Nurinsaniah minggu 1

Sekiranya ada pihak yang ingin menaja pelajar-pelajar ini,boleh terus bank-in atau transfer ke akaun kelab Kebajikan Nurinsaniah.Jika ada rezeki lebih in shaa allah kami akan mengambil pelajar dari Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung,Sijangkang dan Juga Sekolah Kebangsaan Sijangkang.Kerjasama anda dan sokongan anda amatlah kami harapkan.Terima kasih.

Kelas Harapan Minggu Pertama dikendalikan oleh Cikgu Asuza dan Norhafizah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »