Majlis Sumbangan Oleh Kumpulan Perangsang Selangor.

Pada 22 September Kelab Kebajikan Nurinsaniah telah dijemput oleh Kumpulan Perangsang Selangor untuk Majlis penerimaan cek Bagi tujuan sumbangan rangsangan tanggungjawab masyarakat  selangor 2014.Sumbangan di sampaikan oleh Head of CSR Department En.Amin.

Majlis Sumbangan Oleh Kumpulan Perangsang Selangor.
UCAPAN ALU-ALUAN
Ucapan alu-aluan oleh En.Mohd Fauzi,Senior Manager,Corporate Social Responsibility.

Kami difahamkan Majlis tersebut adalah yang pertama kali dilakukan oleh Kumpulan Perangsang SELANGOR.Sebelum ini penyerahan sumbangan hanya dilakukan secara adhock sahaja iaitu jika ada permohonan sumbangan dan telah diluluskan penerima sumbangan hanya mengambilnya di kaunter sahaja.

Kali ini pihak Kumpulan Perangsang Selangor mengambil inisiatif untuk berkenalan dengan NGO dan pihak penerima sumbangan bagi merapatkan lagi ukhawah.Pada hari tersebut sebanyak 10 buah badan pertubuhan hadir menerima sumbangan yang berjumlah RM35,000.

penyerahan sumbangan

Terima kasih kami ucapkan kepada Kumpulan Perangsang Selangor kerana mengambil inisiatif ini demi kepentingan kepada masyarakat.

Kami berharap semoga jalinan yang terbina dapat diteruskan lagi dimasa-masa yang akan datang.

ngo terlibat
Sebahagian NGO yang hadir.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »