JEJAK GELANDANGAN 27 SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum ,setelah tiga bulan kami menghentikan seketika aktiviti bulanan jejak gelandangan bagi memenuhi program yang lain.Terasa rindu dengan suasana malam di Kuala Lumpur.Aktiviti kami malam ini dihadiri oleh segelintir sukarelawan sahaja,lebih kurang sebelas orang dewasa termasuk seorang  jurukamera dan seorang wartawan dari akhbar harian metro serta tiga orang kanak-kanak.Disebabkan ramai yang tarik diri di saat akhir kerana ada program-program yang lain.

kelab kebajikan nurinsaniah
kelab kebajikan nurinsaniah

Cabaran bagi kami semua sebenarnya malam ini,bayangkan dengan 11 orang kami perlu mengedarkan pek makanan sebanyak 200 pek.Demi melaksanakan tangungjawab serta amanah orang ramai kami gagahkan jua.Setibanya kami di tempat kebiasaan kami berkumpul hujan turun dengan lebatnya.Jadi program terpaksa bermula lewat sedikit dari jadual asal.Kami terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti.

uncle jack ayam goreng
uncle jack
kanak-kanak ribena
makanan tambahan
kerja amal

Proses pembungkusan sedang dilakukan,Malam ini nampaknya tiada kaum hawa yang datang membantu,Jadi terpaksalah kaum adam bekerja keras.Terasa lama pula bila orang tak ramai.Semangat dan stamina kena kuat.

bacaan doa

Selepas berbincang,kami membuat keputusan pek makan perlu dimasukkan kedalam kereta.Untuk memudahkan proses pengagihan.

gotong royong
grand livina impul

Selepas proses memasukkan pek makanan kedalam kereta,kami mula bergerak ke lokasi dimana para gelandangan biasa tidur.Nasib baik malam ni para gelandangan tidak menukar lokasi mereka tidur.

gelandangan di kuala lumpur
gelandangan di kuala lumpur
grand livina turbo

Alhamdulillah walaupun mula-mula tadi macam agak susah sedikit tapi dengan berkat semangat yang ada,bekalan makanan dapat diedarkan dengan lancar.Dan aktiviti selasai dalam 1 jam 30 minit.Tahniah buat semua yang hadir.Semangat anda memang kuat.Semoga Allah merahmati usaha kalian.

kechara soup kitchen
kechara soup kitchen

Pada malam ini kami bertemu dengan  NGO dari Kechara Soup Kitchen dan juga Sukarelawan dari UNISEL dan satu lagi tak sempat kami nak berbual.Jadi malam ni para gelandangan mewah dengan makanan.Rezeki buat mereka semua malam ini.Kerana yang memberi makan lebih ramai dari gelandangan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
October 07, 2014 10:26 AM delete

Bagusnya usaha murni sebegini. Moga dirahmati Allah

Reply
avatar