Pendaftaran Kelas Fardhu Ain dan Amali Solat.

Pendaftaran Kelas Fardhu Ain dan Amali Solat.

Program Cuti Sekolah : Program Amal Kelab Nur Insaniah - kelas Fardhu Ain dan Amali Solat.

Tidak lama lagi musim  cuti sekolah akan bermula.Atas inisiatif tersebut pihak kelab kebajikan Nurinsaniah akan mengadakan program fardhu Ain dan amali solat di Nurinsaniah Centre,Telok Panglima garang.

Apa yang menariknya program ini adalah PERCUMA.

Program akan bermula pada 1 Disember 2014 sehingga 18 Disember 2014.
Setiap isnin hingga khamis.

Terbuka kepada semua pelajar dari tahun 1 hingga 6.

Tempat adalah terhad kepada 80 pelajar sahaja.

Objektif Program adalah untuk memberi peluang kepada pelajar muslim untuk belajar membaca Al-Quran serta mendampingi Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai teman dan rujukan dalam kehidupan harian.
Juga untuk memupuk semangat cintakan agama dengan mengetahui cara solat dan wudhuk dengan betul agar dapat di amalkan sehingga ke akhir hayat.

Kami berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua anak-anak yang terlibat.Ini sahaja yang dapat  kami bantu buat masa ini.In shaa ALLAH jika ada rezeki lain kami akan buat program yang lain.

Pendaftaran Kelas Fardhu Ain dan Amali Solat.
sesi pendaftaran pelajar kelas fardhu ain.

Alhamdulillah sesi pendaftaran telah berjalan dengan lancar.Misi kami untuk mendapatkan 80 pelajar telah berjaya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »