Pendaftaran Kelas Harapan Nurinsaniah di Kg Kebun Bharu,Telok Panglima Garang.

Pendaftaran Kelas Harapan Nurinsaniah di Kg Kebun Bharu,Telok Panglima Garang.

Pendaftaran kelas harapan Nurinsaniah 2015 version 2.0 telah dibuka di Tadika Kemas Jalan Anggerik,Kg Kebun Bharu pada 14 Feb 2015.

Alhamdulillah sambutan dari warga tempatan amat menggalakkan.Sasaran dapat dicapai dalam masa yang di tetapkan.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini.Terutamanya kepada pihak Tadika Kemas Jalan Anggerik kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan premis tadika tersebut sebagai tempat untuk kelas harapan di jalankan.

Pendaftaran dijalankan secara santai dan dikendalikan oleh Puan Masitah dan beberapa yang lain.

Pendaftaran Kelas Harapan Nurinsaniah di Kg Kebun Bharu,Telok Panglima Garang.
Pendaftaran Kelas Harapan Nurinsaniah di Kg Kebun Bharu,Telok Panglima Garang.

Kami berasa amat gembira kerana hampir kesemua ibubapa yang hadir semasa pendaftaran kelas harapan tersebut  memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kami.

untuk makluman Kelas Harapan Nurinsaniah akan diadakan di Tadika Kemas Jalan Anggerik Kg Kebun Bharu pada setiap sabtu bermula 21 Feb 2015.
Dari pukul 9 hingga 11 pagi.

Pendaftaran Kelas Harapan Nurinsaniah di Kg Kebun Bharu,Telok Panglima Garang.
Pendaftaran Kelas Harapan Nurinsaniah di Kg Kebun Bharu,Telok Panglima Garang.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »