Program "NIGHT WALK" bersama pelajar Kafa (Integrasi) Al-Firdaus Kota Kemuning di Bukit Jugra.

Kafa (Integrasi) Al-Firdaus Kota Kemuning di Bukit Jugra.

Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor di jemput oleh Sekolah Kafa Integrasi Al-Firdaus Kota Kemuning untuk memeriahkan program Motivasi pelajar yang dijalankan di Akademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM) Kg Permatang Pasir,Jugra,Banting.

Wakil dari Kelab Nurinsaniah Selangor bergambar kenangan di pintu masuk Kem ALIM.Oleh kerana Program tersebut berlangsung selama 2 hari dua malam,Kami hanya menyertai aktiviti "NIGHT WALK" sahaja.



kem alim jugra
kem alim jugra
kem alim jugra

Bergambar dahaulu sebelum acara Night Walk berlangsung.Program bermula pada pukul 9 malam.Pelajar yang terlibat seramai 40 orang berumur 10 hingga 12 tahun.Lelaki dan perempuan.Selepas solat isyak secara berjemaah kami semua berkumpul untuk mendengar taklimat khas dari jurulatih yang bertugas pada malam tersebut.

 Kafa (Integrasi) Al-Firdaus Kota Kemuning di Bukit Jugra.
pelajar Kafa (Integrasi) Al-Firdaus Kota Kemuning di Bukit Jugra.

Semua tengah khusyuk mendengar taklimat dari jurulatih,Antara yang di beritahu pada malam tersebut adalah tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil semasa program Night Walk berlangsung.

Program ini bertujuan untuk menguatkan jati diri pelajar dan guru berkenaan semangat berpasukan dan untuk lebih berani mengharungi kegelapan malam didalam hutan,untuk lebih berani menghadapi dunia sebenar diluar sana.

Pelajar diberikan kod diri nombor pada malam tersebut,mereka dilarang menyebut nama masing-masing.Dan mereka juga diberikan kod keselamatan jika terserempak dengan orang yang tidak dikenali atau terasa was-was.Kod yang diberikan HANTU BUNGKUS.Masing-masing ketakutan dengan kod tersebut.

Namun dengan semangat dan keazaman yang jitu.Mereka semua meredah hutan pada tersebut,termasuk kami dari Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor.


kelab kebajikan nurinsaniah selangor
 Kafa (Integrasi) Al-Firdaus Kota Kemuning di Bukit Jugra.
  Kafa (Integrasi) Al-Firdaus Kota Kemuning di Bukit Jugra.

Program Night Walk memerlukan stamina yang tinggi dikalangan pelajar dan guru.Mereka akan mendaki bukit setinggi 30 meter dengan menggunakan tali yang diberikan.Dan seterusnya meredah hutan di Bukit Jugra sejauh lebih kurang 3 kilometer.

Kami semua berhenti rehat di kawasan Makam Sultan Abdul Samad selama 30 minit.Disebabkan ramai perasaan takut memang langsung tidak dirasai oleh semua yang terlibat.

makam bukit jugra


Perjalanan diteruskan meredah hutan belukar Bukit Jugra.Tepat Jam 1130 malam kami semua berjaya sampai ke puncak.Menurut kata jurulatih.Tapi rasa macam bukan dipuncak Jugra,Mungkin puncak Kem rasanya.Selepas berehat selama 15 minit perjalanan diteruskan untuk ke check point yang terakhir.

kelab kebajikan nurinsaniah selangor
kelab kebajikan nurinsaniah selangor
kem alim
kelab kebajikan nurinsaniah selangor

Berjalan menuruni bukit.Seorang demi seorang turun secara perlahan-lahan dengan menggunakan tali.Alhamdulillah tepat jam 1 pagi program berakhir dengan jayanya.Tanpa sebarang masalah.Kami dari Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru-guru Kafa Integrasi Al-Firdaus Kota Kemuning kerana sudi menjemput kami untuk menyertai Program tersebut.

Pengalaman ini akan kami simpan dalam jurnal kelab sebagai kenangan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »