Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Alhamdulillah,Bengkel Mendorong Murid Istimewa untuk guru-guru sukarelawan Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor telah berlangsung dengan jayanya.Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang motivator atau trainer yang sedang membina empayar jajahan nya di seluruh Malaysia.Beliau adalah En.Mohd Shah Riza Basirun Berkelulusan MBA dan memiliki NLP Certified Practitioner (NFNLP).

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Bengkel ini bertujuan untuk mendidik atau menunjuk ajar Guru-guru yang terlibat didalam kelas khas Program Kelas Harapan Nurinsaniah yang sedang berlangsung sehingga hujung tahun 2015.Guru-guru akan diberikan panduan yang betul dan teratur bagaimana mendidik pelajar-pelajar dengan didikan cara Rasulullah saw.

Apa yang akan ditekankan adalah dari sudut akhlak dan moral.Tanpa akhlak dan moral jika mereka berjaya sekalipun tiada gunanya.Didalam bengkel ini Guru-guru akan terus diberikan praktikal bagaimana cara menegur pelajar dengan cara yang betul.

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .
Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Sebelum Bengkel dimulakan guru-guru terlibat diberikan sedikit kata-kata perangsang oleh Pengerusi Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor iaitu En.Zamri Bin Sadarom.

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Sesi panas badan atau warming up.Untuk kecerdasan minda sebelum menerima input dari En.Mohd Shah Riza Basirun.

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Bengkel Mendorong Murid Istimewa ini dijalankan selama 1 hari bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .
Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .
Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Guru-guru diberikan tugasan agar mereka lebih faham akan apa yang telah diajarkan.Semoga apa yang telah diajarkan dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .
Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .
Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Guru-guru diberikan hadiah saguhati sebagai menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh mereka kepada Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor.Semoga mereka akan terus memberikan khidmat bakti kepada masyarakat setempat dengan penuh rasa ikhlas.

Bengkel Mendorong Murid istimewa Untuk Guru-guru .

Sesi bergambar bersama guru-guru yang terlibat dan pihak pengurusan.

Untuk info Kelas Harapan Nurinsaniah telah diadakan di Nurinsaniah Centre Telok Panglima Garang dan Di Tadika Kemas Jalan Anggerik Kebun Bharu.Melibatkan 70 orang murid dari sekolah rendah Kebun Bharu,Sekolah Rendah Telok Panglima Garang & ada juga dari Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

Insha allah kami akan membuka cawangan ketiga kami di Petaling Jaya.Murid-murid yang terlibat adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan dibawah RM3,000 dan yang lemah dalam pembacaan dan pengiraan.Tiada sebarang bayaran dikenakan.(PERCUMA).

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
May 04, 2015 9:22 PM delete

Seronoknya guru-guru. Moga makin bersemangat untuk mendidik anak-anak bangsa.

Reply
avatar