Jejak Gelandangan - April 2015

Jejak Gelandangan -  April 2015

Program Jejak Gelandangan pada 11 April 2015 telah berlangsung dengan jayanya .Syukur kepada Allah SWT atas izinnya dapat semua berkumpul dalam menjayakan program kemasyarakatan ini.

Terima kasih banyak kepada orang ramai yang memberi sumbangan dari segi kewangan dan terus memberikan kepercayaan kepada kami Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor untuk menjalankan program kemasyarakatan ini.Inshaa allah akan kami laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan jujur.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Unit Khas Nurinsaniah yang terlibat secara langsung dari awal, sebelum program dan sehingga ke akhir program.Tahniah kami ucapkan jasa anda amat kami hargai.

Juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para sukarelawan yang hadir pada malam tersebut atas sumbangan tenaga yang di hulurkan bersama-sama kami Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor dalam menjayakan program jejak gelandangan ini.Tanpa anda semua program ini mungkin tidak akan berjalan dengan lancar dan ceria.

Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015

Seperti biasa sebelum memulakan program semua yang terlibat akan makan dahulu untuk charge tenaga.Perjalanan sejauh 5 km sekitar Masjid Jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman akan dilalui.Bungkusan makanan yang akan diedarkan pada malam tersebut sebanyak 200 pek dan sukarelawan yang terlibat seramai 30 orang termasuk kanak-kanak.

Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015

Selepas mengisi perut,semua sukarelawan diberikan taklimat ringkas oleh En.Asri dari Biro latihan Kelab Nurinsaniah  tentang perjalanan program pada malam tersebut.

Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015
Jejak Gelandangan -  April 2015

Menu yang disediakan pada malam tersebut Ayam goreng 2 ketul,Kentang goreng dan sebotol air mineral.Sebelum bermula kami semua buat packaging dan pengagihan makanan sama rata sesama sukeralawan.
Jejak Gelandangan -  April 2015

Tahniah kepada semua.Semoga kita semua dapat ambil ikhtibar dan pengalaman atas apa yang kita lakukan pada malam tersebut.Kita bantu setakat yang termampu sahaja.Bukan kita hendak mengubah mereka,semua nya terpulang pada diri sendiri dan apa yang paling penting sekali..Nasib kita semua tidak serupa.Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan selagi masih ada.Wallahualam.


~Rezeki dikongsi bersama~

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »