Lawatan Nurinsaniah ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Lawatan Team Nurinsaniah Ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di Kg Sg Sekamat adalah bertujuan untuk melihat sendiri bagaimana operasi mereka yang dijalankan.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Untuk pengetahuan semua,Pusat Jagaan Al-Fikrah telah ditubuhkan pada tahun 2012.Tujuan penubuhan untuk mempatkan penghuni-penghuni terdampar lelaki dan wanita miskin yang tiada tempat tinggal.Penghuni yang dicadangkan adalah seperti penghuni terdampar tanpa waris,warga emas,orang kurang upaya,mualaf/saudara baru dan juga bekas-bekas pesakit hopital.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Ini adalah sebahagian dari penghuni disini ada yang sakit kronik dan ada juga yang sihat.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Seperti yang diberitahu jumlah penghuni disini adalah sekitar 50 hingga 60 orang.Kami sempat berbual mesra dengan mak cik ini dan beliau sempat berkongsi kisah hidup beliau.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Penghuni yang sihat akan diberikan tugasan seperti memasak dan berkebun serta mengemas kawasan persekitaran.Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 sehari untuk kos makan minum serta lampin dan ubat-ubatan.

Selain dari menerima bantuan dari kerajaan,pusat zakat dan orang ramai Pusat Jagaan Al-Fikrah juga ada mengusahakan sendiri kolam ikan (ikan keli) dan pertanian seperti menanam sayur-sayuran untuk menampung perbelanjaan harian warga disini.

Kami tidak dapat ke kolam ikan dan tapak pertanian disebabkan hujan turun dengan lebatnya setibanya kami disini.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
 Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Ruang legar untuk penghuni bersantai sesama mereka di waktu lapang mereka.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Ruang pentas untuk digunakan jika ada lawatan dan program khas untuk penghuni.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.

Kami sempat menunaikan solat asar secara berjemaah dengan penghuni disini.
Kesimpulan yang dapat kami huraikan disini,Semoga kita semua dapat berbakti kepada kedua orang tua kita tanpa perlu menghantar mereka kesini.Selagi mampu kita jaga mereka sehingga ke akhir hayat mereka.Berdasarkan cerita yang diceritakan kepada kami disini oleh pihak pengurusan ada penghuni yang meninggal dunia dan mempunyai anak tetapi anak langsung tidak muncul di hari pengkebumian.Dengan alasan terlalu sibuk.

Semoga kita semua dapat menjadi anak yang soleh dan solehah.. aminn. 

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan atau apa sahaja boleh terus ke

Pusat Jagaan Al-Fikrah ,No 683 Kg Sungai Sekamat,Batu 12 1/2 ,Jalan Cheras,4300 Kajang ,Selangor
Office no : 03-8733 0715

website:

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
April 21, 2015 6:33 AM delete

mudah-mudahlah saya diberi kelapangan rezeki untuk membantu pusat ini nanti...rasa tersentuh juga kat hati saya.

Reply
avatar
April 22, 2015 9:28 AM delete

jauh disudut hati, terasa untuk mengunjungi pusat jagaan macam ni..mesti banyak yang dapat saya pelajari..

Reply
avatar
April 22, 2015 8:52 PM delete

tersentuh hati bila sebut ibu bapa ni...

Reply
avatar