PENGENALAN

Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor ditubuhkan pada awal tahun 2014.Kelab ini memfokuskan golongan kurang berkemampuan,warga gelandangan,fakir miskin,anak yatim,ibu tunggal sebagai kumpulan sasar.

Matlamat utama kelab ini adalah untuk membantu meringankan beban golongan tersebut dalam mengharungi kehidupan didunia yang serba mencabar  dan serba moden,antaranya dari segi pendidikan percuma,bantuan makanan,bantuan barang dapur,motivasi pelajar,kemahiran IT,kemahiran menjana ekonomi,aktiviti sukan,bantuan OKU dan lain-lain.

Sepanjang penubuhan kelab ini,aktiviti yang dirangka adalah bersifat program mesra bersama masyarakat setempat dimana kumpulan sasarnya adalah di sekitar kawasan Telok Panglima Garang,Sijangkang,Kg Medan,Kg Kebun Baharu,Taman Medan Petaling Jaya dan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Sumber utama dana yang digunakan untuk menjayakan program-program kelab adalah hasil daripada sumbangan individu  dan juga syarikat.Pada ketika ini,bentuk sumbangan adalah bersifat 'seasonal'.Kami bagi pihak kelab amat mengalu-alukan mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk menyalurkan bantuan bulanan atau tahunan bagi menampung perbelanjaan kos operasi.

Tenaga kerja yang terlibat bagi menjayakan program kelab adalah terdiri dari kalangan warga tempatan yang tinggal di sekitar kawasan kumpulan sasar.Mereka merupakan sukarelawan yang berjiwa murni dan bersemangat waja.Jumlah sukarelawan yang aktif pada ketika ini adalah seramai 40 orang.Manakala sukarelawan yang berdaftar adalah seramai 78 orang.

Harapan kami sebagai orang bertanggungjawab menguruskan Kelab Kebajikan Nurinsaniah Selangor adalah untuk melihat dan melibatkan lebih ramai lagi insan-insan perihatin dan penyayang dimuka bumi ini.Semoga Allah SWT permudahkan segala usaha dan urusan kami inshaa Allah.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »