Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015 - Batch 1

Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015

3 Mei 2015 - Program Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah Batch 1 telah berlangsung secara rasminya.Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya (SMKSJ),Kuala Langat,Selangor.

10 orang pelajar terlibat untuk 1 batch selama 5 minggu (Setiap Ahad) bermula pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang.


Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015

Mereka dipilih berdasarkan minat dan pencapaian akademik yang baik atas saranan dari Guru mereka sendiri.Serta datang dari keluarga yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

Matlamat Program Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah ini  adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang terlibat tentang kemahiran ICT yang semakin menjadi satu keperluan dewasa ini.Mereka akan di ajar berkenaan dengan penggunaan  MS Office,Grafik,animasi serta kemahiran yang berkenaan dengan ICT yang lain.

Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015
Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015

Pada masa ini kemahiran ICT adalah amat penting sekali,jadi dengan pendedahan awal yang diberikan kepada mereka dapatlah mungkin digunakan nanti ketika mereka masuk ke alam Universiti atau alam pekerjaan.Tidak dapat dinafikan pada masa ini semua perkara kebanyakannya akan menggunakan komputer.Jadi adalah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya mereka tidak mengambil peluang keemasan ini.

Mereka hanya perlu hadirkan diri dan belajar.Semua kos pembelajaran serta makan tengahari di tanggung sepenuhnya oleh pihak penaja.Kami di Nurinsaniah Selangor hanya menjalankan tugasan yang diamanahkan.Insha allah kami akan menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh ketelusan.Bukan nama yang kami cari.Kami bukanlah mengejar nama untuk menjadi Kelab Kebajikan terbaik di Malaysia.Kami sekadar ingin berkongsi dengan masyarakat setempat dengan apa yang perolehi.Itu sahaja.

Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015
Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015
Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015
Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015

Pelajar-pelajar begitu tekun dan gembira semasa Program Kelas Harapan Komputer ini berlangsung.

Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015
Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015

Makan tengahari disediakan secara percuma.Semoga Program Kelas Harapan Komputer Nurinsaniah 2015 ini berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat kepada mereka semua.Ambillah peluang sementara ada.

~BERKONGSI MEMBAWA BERKAT~



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
May 04, 2015 9:20 PM delete

Alhamdulillah, moga program ini memberi manfaat dan dapat meningkatkan lagi kemahiran komputer pelajar-pelajar.

Reply
avatar
NFH
May 04, 2015 10:32 PM delete

Syabas dan tahniah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan semua yang terlibat.

Reply
avatar
May 04, 2015 11:01 PM delete

Seronoknya diorang semua kan. Semoga ilmu yg dipelajari dipraktikkan dikemudian hari. Dan semoga program ini sentiasa diadakan dari batch ke batch. Syabas buat NurInsaniah

Reply
avatar
May 05, 2015 11:08 PM delete

alhamdulillah, moga diteruskan aktiviti mcm ni :)

Reply
avatar
May 07, 2015 9:53 PM delete

Bagus buat program macam ni tuan. Cungkil bakat yang terpendam dari usia muda. Macam saya agak lambat mula guna komputer...

Reply
avatar
May 10, 2015 4:46 PM delete

Bagus ada program macam ni..bila dah masuk ke alam U nanti tak ada la meraba-raba sangat..yup..kiranya sumbangan ikhlas untuk anak2 kan..

Reply
avatar