Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah 2015

Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah 2015
Alhamdulillah Kelas Harapan Nurinsaniah 2015 telah sampai ke penghujung nya.Untuk pengetahuan umum Kelas Harapan Nurinsaniah di jalankan adalah atas dasar ingin membantu golongan pelajar yang lemah dalam pembacaan dan kira-kira.Kelas Harapan Nurinsaniah adalah percuma.Kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar.Golongan sasar kami adalah pelajar dikalangan keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah.

Ia telah dijalankan semenjak tahun 2014 lagi.Alhamdulillah pada tahun 2015.Kami telah mengadakan Kelas Harapan di satu lokasi baru di Kg Bt 9 Kebun Baharu,Telok Panglima Garang.

Open Day Kelas Harapan kali ke dua ini bertujuan untuk memberitahu kepada Ibu Bapa pelajar tentang prestasi anak-anak mereka sepanjang mereka berada di Kelas Harapan Nurinsaniah.Kelas Harapan 2015 bermula pada bulan Feb 2015 dan tamat pada bulan Oktober 2015 ia berjalan selama 9 bulan.Pada setiap hari Sabtu pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

Buat masa ini kami beroperasi di dua lokasi berbeza iaitu di Pusat Kami Nurinsaniah Centre Telok Panglima Garang dan di Tabika Kemas Batu 9 Kebun Bharu.Insha allah jika tiada apa-apa halangan kami akan membuka satu lagi cawangan di Petaling Jaya.

Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah - Telok Panglima Garang

Sebahagian dari Ibu Bapa yang hadir sedang mendengar ucapan Tuan Pengerusi Kelab Nurinsaniah tentang aktiviti-aktiviti Kelab dan halatuju.


Sesi Bertemu Ibu Bapa bersama Tenaga Pengajar Nurinsaniah

Open Day Kelas Harapan Nurinsaniah -Kg Bt 9 Kebun Bharu.

Terima Kasih Kepada semua yang hadir dan meluangkan masa bersama kami demi anak-anak.Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.Dengan ini secara rasminya Kelas Harapan Nurinsaniah 2015 Ditutup.

Bahagian Pentadbiran Dan sebahagian dari Tenaga Pengajar yang terlibat dengan Kelas Harapan 2015.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
October 27, 2015 1:34 AM delete

sungguh mulia hati pihak penganjur yang sanggup melakukan kelas harapan tanoa sebarang bayarann..terbaik la..

Reply
avatar