Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera


Pada 29 Oktober 2015 yang lepas kami di Nurinsaniah mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Realising Aspiration dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera di Sime Darby Convention Centre.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera adalah sebuah Badan di bawah Jabatan Perdana Menteri.Badan ini ditubuhkan untuk memberikan bantuan dari segi pendidikan kepada golongan bumiputera yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi akibat kekangan kewangan ataupun akibat kekangan kelayakan yang tidak memenuhi syarat tertentu.

Banyak kelebihan yang diberikan oleh Yayasan Peneraju selain dari biasiswa penuh kepada pelajar yang hanya lulus bagi semua kursus yang disediakan.Mereka juga ada menyediakan elaun bulanan kepada yang betul-betul layak sahaja.


Serba sedikit tentang Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang perlu anda tahu.Mereka menyediakan peluang pendidikan berkualiti dan latihan yang komprehensif kepada golongan bumiputera.

Memupuk dan membangun bakat bumiputera ke arah masa depan yang berpotensi tinggi serta menjalin usaha sama dan melengkapi pihak yang berkepentingan dalam mencapai agenda Bumiputera.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera juga turut menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah peluang pekerjaan yang bakal menjana pendapatan tinggi.Di samping Mendidik dan mewujudkan kesedaran dikalangan keluarga,pendidik dan komuniti setempat.


Antara Golongan sasaran yang menjadi perhatian pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera adalah mereka yang mempunyai bakat tertentu serta mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang masing-masing.Mereka juga mengambil pelajar yang kurang berminat dengan akademik tetapi berpotensi tinggi dalam bidang kemahiran.

Golongan yang memerlukan peluang kedua juga diterima di Yayasan Peneraju dan juga golongan dari persekitaran yang mencabar.


Konsep Yayasan Peneraju adalah memilih dan menyediakan peluang pembelajaran dari segi akademik dan kemahiran mengikut kebolehan pelajar yang terlibat serta mengikut permintaan pasaran serta peluang pekerjaan yang ada di persekitaran.


Kami di Nurinsaniah amatlah tertarik dengan peluang dan ruang serta kesempatan yang dikongsikan oleh Yayasan Peneraju kepada kami.In shaa allah jika ada rezeki kami akan bekerjasama dalam memberikan input kepada golongan sasar di persekitaran kami khususnya.


Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »